Latihan pengHambaan, PerLunya Mutaba’ah Amliyah

AsSalamualikum saudara-saudara seaQidah sekalian…
Mengapa manusia perlu ber’mutabaah’??!…
Sebelum itu, apa itu mutabaah ya??
Mari  kita kupas setajam silet😀
Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan. Berbeda dengan mutaaba’ah, muhasabah tidak mengikuti dan mengawasi sesebuah program agar berjalan sesuai dengan yang telah direncanakan. Kata muhasabah berasal dari kata hasaba. Kata itu berarti, antara lain, jaazaa wa ‘aaqaba (mengganjari dan menghukum). Jadi, kata muhasabah berarti pengganjaran dan penghukuman.
dah tahu maksud mutabaah??
mari explore apa yang ada di muatabaah ni….
1. Tilawah al Quran – Harian Satu Lembar sehari
2. Memelihara Solat Fardhu berjemaah & digalakkan berwirid selepas solat Harian Solat berjamaah di Masjid terutama Subuh dan Isya’
3. Membaca Ma’thurat Sughra Harian – 1 kali sehari
4. Beristighfar Harian – Setiap kali selepas solat
5. Memelihara sembah yang sunat rawatib – Harian
6. Membaca buku – sekurang-kurangnya ½ jam Harian Setiap hari
7. Riadhah (15 min sehari) Harian – 3 kali seminggu
8. Menghafaz ayat Al Quran Harian – Satu ayat sehari
9. Berinteraksi dengan tetangga – Minimal sekali seminggu
 10. Berpuasa Sunat Bulanan – 3 kali sebulan 
11. Berinteraksi ibu-bapa – Minima sekali seminggu 
12. Ziarah Kubur Bulanan – Setiap 2 bulan
13. Terlibat dengan aktivitas kemasyarakatan
kenapa perlu mutabaah??
semua ini bakal mengganggu keikhlasan kita dalam beramal ibadah. Nanti kita beramal semata-mata hendak memenuhkan ruang-ruang kotak dalam jadwal mutaba’ah .”

Setiap umat Islam perlu membuat penilaian terhadap amal ibadah yang dilakukan. Penilaian ini penting bagi membolehkan kita membuat perubahan ke arah yang lebih baik.

kerana mutabaah adalah amalan asas setiap individu.

Seruan menuntut kita beramal sebagai syarat memperoleh kejayaan. Adakalanya amalan yang dituntut itu membuatkan kita rasa terbeban dan tidak mampu untuk melakukannya.
Lantas, alasan-alasan dikeluarkan bagi meringankan tuntutan beramal. Semuanya ingin diringan dan dimudahkan supaya mengikut keselesaan hidup sedia ada.
Mengapa?
Masih belum merasa ia sebagai keperluan. Merasakan ia adalah beban. Tidak merasa keperluan umat yang sangat mendesak untuk setiap individu itu berubah.
Keperluan kepada ketenangan di dunia itu masih pada filem, bukannya pada zikir. Keperluan kepada kepada kepuasan hidup masih pada kebendaan, bukannya pada kebaikan.
Semuanya dirasakan sebagai beban akibat tidak faham dan menjiwai keperluan sebenar.
ISLAM itu mudah sahabat2 seperjuanganku….tapi bukan untuk dimudahkan, bukan untuk diremehkan!

 

pokoknya, perlukah kita memaksa diri kita untuk melakukan semua mutabaah tersebut?!
mari kita lihat hadits di bawah:
~iman itu bertambah dan berkurang~ maka isitiqamahlah pada ibadah anda walaupun sedikit

Nabi SAW. jgnlah kita beribadah semata kerana semangat kerna semangat akan luput


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ قَالَ مَنْ هَذِهِ قَالَتْ فُلَانَةُ تَذْكُرُ مِنْ صَلَاتِهَا قَالَ مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ

Daripada ‘Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya dan dekat dengannya ada seorang perempuan. Rasulullah s.a.w. bertanya, siapakah dia ini. ‘Aishah menjawab, si fulanah dan beliau menyebutkan tentang sembahyang perempuan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukuplah. Hendaklah kamu beramal mengikut kemampuan kamu. Demi sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu sehinggalah kamu merasa jemu. Dan agama yang paling disukai Allah ialah apa yang dilakukan seseorang secara berterusan. (al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Ahabb al-Din Ila Allah ‘Azza Wa Jalla Adwamuha)

jgnlah kalang kabut dalam ibadah, ibadah itu perlu diawasi……jika mampu buat lebih, buatlah yg termampu untuk diistiqamahkan…

lagi….
Nabi SAW marah (nasihat yg baik) orang tinggal ibadah, Nabi SAW juga marah orang buat secara berlebihan
~sebab itu kita ingat:
syariat itu adalah maslahah untuk manusia semata2, bukan untuk kepentingan Allah – kerana kita lah yang lebih berhajat kepada Allah SWT.

Al-Quran itu adalah wahyu, tidaklah dibaca Alquran itu melainkan supaya kita mentadabbur (menghayati),

 
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepada-mu penuh dengan berkah supaya mereka memperhati-kan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shaad,38: 29)

bacalah Al-Quran dengan tartil, jangan tergesa-gesa, ada sesetengah kita yang terlalu melampau dalam mengejar target yang tinggi sehingga hilang keindahan bacaan Alquran. bacalah Alquran dengan tenang…


“Dan apabila Al-Qur’an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A`raf,7: 204).



  al-fahmu->al-ikhlas->al-amal
merutinkan ibadah yang sedikit lebih baik daripada memaksakan ibadah yang tak konsisten
tahap ibadah seseorang tu tak semesti sama dengan tahap ibadah seseorang yang lain……

 

note:  wallau’alam….  saya mohon kebaikan atas tinta mujahadah ini…insyaALLAH… skadar tazkirah buat sahabat seperjuangan juga tazkirah buat hati ini yang sering lalai dan hanyut dibawa arus kenikmatan yang sementara…
(saya rindu halaqah itu)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s